Followers

 photo assalamualaikum13.gif  photo ahlan.gif

Tuesday, 3 September 2013

Tazkirah Oleh Ustaz Zahazan Mohamed - Kisah Duit Syiling dan Batu...

Renungan dari seorang kawan lama untuk anda semua dan peringatan untuk diri saya juga.

TINGG!!!...

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

T...INGG!!!...

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


Semoga saya dan semua yang membaca mendapat pengajaran dari kisah di atas...

In Shaa Allah.... :)

Sunday, 14 July 2013

Lagi Keropok n Kerepek... :))

Assalamualaikum semua.. :))

Bertemu lagi kita, alhamdulillah...Just nak tambah lagi beberapa jenis juadah ringan utk hari raye nanti...tapi nak bgtau juga, semuanya selagi stok masih ada ye, sebab ada diantara keropok n kerepek yg dlm senarai bln lepas sudah tiada stok lagi di kilang...huhu



Cakar ayam Keledek



Kacang Parang



Kacang Sadur Pedas



Keropok Kentang



Kuih Ros / Kuih Goyang



Opak Pedas



Pisang Manis Gulung



Ubi Lemak Manis




Ubi Lemak Tawar


Cukup dulu buat masa ni...bsk in shaa Allah kita update lagi yer... ;))

Wassalam...


Tuesday, 9 July 2013

Ustaz Azhar Idrus menjawab...

Assalamualaikum WTW...

Lamanya dah x menulis...rasa 'kosong' lak kebelakangan ni...nak buat camne kan..?? kerna kita bukannya sentiasa dikurniakan kelebihan yang sama dengan org lain...ada kalanya sesuatu yang kita suka itu..datangnya dari hati kita yang pada ketika itu betul2 nak melakukan sesuatu itu...


Cuma, hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang dikatakan oleh Ustaz Azhar Idrus... antara jawapan kepada soalan berkenaan aurat...



Soalannya : 


Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai 

kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?


Ustaz Azhar Idrus : 

Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan

itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas 

keranaNya.


Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?

*Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut.

:)  

Semoga aku istiqamah dalam menjalankan kewajipan ku, in shaa Allah.... Aamiinnn....

 photo allahissufficient.gif  photo RoseBouquet.gif