Followers

 photo assalamualaikum13.gif  photo ahlan.gif

Tuesday 29 April 2014

Tempeyek, Kerepek dan Keropok...Makanan Sepanjang Zaman... ;)

Ahlan Wasahlan...

Hai semuaaaaaa..!!!! Lamanya x update kan...??? bz sikit la uollsss...nak packing me-macking...(bahasa camporization ;)) kerepek, keropok n peyek...tu blm masuk nk menggoreng peyeknya lg tu...hihihi


But no problem...untuk kawan2 semua..apa saja untukmu janji korg puas hati... :)  Sile2 lah melawat ke blog saya ye...pilih2 mane yg berkenan...nnt wasap atau sms saya mane yg dihajatkan ok... ;)




Sambal Tempe Awer@Sambal Goreng Kering@Sambal Tempe Jawe


                                              
                                              Peyek Kacang Pujaan Hatiku...hihihi...                                              



Ini kerepek ubi masin...



Ini pula kerepek ubi pedas, tapi versi yang kering...



Yang ni plak kerepek ubi pedas versi yang basah....yummmyyyy... ;)




Kerepek pisang masin, potongan bulat2... :)



Ni plak kerepek pisang masin versi potong serong....hhehehe




Yang ni depa panggil keropok opak kari....ermmm..




 Keropok kacang dal...sedap wehhhh.. :))




 keropok bawang biasa...





Pada sesiapa yang berminat bole la msg/wasap/wechat saya untuk harganya ye... ;)

Fieda : 016-4457215 / 016-6386853
atau pm fb sy --> fieda hani / Lee Anwar

Dibuka sekarang untuk tempahan.
Cepat2...sementara stok masih ada...  :))


Wednesday 5 February 2014

Kebasnya jari2 dan tgn kiri saya... :(

Assalamualaikum WTW...

Lamanya x update..bukannya malas..bukan x suke..tp blm brkesempatan lagi....harap2 harini diberi kesempatan mencoretkan sepatah dua kata...

Dah dekat dua mggu ni jari2 dn tgn kiri selalu kebas..nape eh??? Takut ada...risau pun ada ni..nk ke klinik pun x smpt2 lagi...

Kawan2 tau sbb apa tak?? Drpd pembacaan..sebab2 yg diketahui agak menakutkan saya...

Oklah dl utk harini ye...nnt bila sempat kita sembang lagi...

Tuesday 3 September 2013

Tazkirah Oleh Ustaz Zahazan Mohamed - Kisah Duit Syiling dan Batu...

Renungan dari seorang kawan lama untuk anda semua dan peringatan untuk diri saya juga.

TINGG!!!...

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

T...INGG!!!...

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


Semoga saya dan semua yang membaca mendapat pengajaran dari kisah di atas...

In Shaa Allah.... :)

 photo allahissufficient.gif  photo RoseBouquet.gif