Renungan dari seorang
kawan lama untuk anda semua dan peringatan untuk diri saya juga.
TINGG!!!...
Wang syiling itu jatuh
di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil
itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya
segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung
semula kerjanya.
T...INGG!!!...
Sekali lagi lelaki itu
terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri,
kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia
terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,
lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia
mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak
sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras
lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu
memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit
daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling
bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin
pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan
syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.
Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya
itu.
Sayangnya, sehingga
habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak
ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di
lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu
mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu
mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya
tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri
perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat
sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.
Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau
kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu
sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan
bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke
atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima
kasih.
Seperti kisah ketua
dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu
Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman
yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita
teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta
kita.
Semoga
saya dan semua yang membaca mendapat pengajaran dari kisah di atas...
In Shaa Allah.... :)
No comments:
Post a Comment